“Kerjasama Elit Politik Bukan Kestabilan, Rakyat Mahukan Perubahan”
KOTA KINABALU, 20 Ogos – Pertemuan “mesra” antara Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, baru-baru ini dipromosikan sebagai lambang kestabilan politik negara. Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menyifatkan gabungan BN–PH–GRS sebagai asas kepada “Malaysia Madani yang stabil”. Namun, pemerhati politik melihat naratif ini […]
Kes Zara Qairina: “Saya beri khidmat secara percuma, tertuduh bukan anak VVIP” – Ram Singh
KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Peguam terkemuka, Datuk Ram Singh, menegaskan beliau menawarkan khidmat guaman secara pro bono (percuma) dalam kes kematian tragis pelajar, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, demi memastikan proses undang-undang berjalan mengikut prinsip keadilan. Beliau menolak persepsi awam yang mengaitkan pembelaannya dengan pengaruh keluarga berstatus tinggi. “Saya tegaskan, tertuduh yang saya wakili bukan […]
JusticeForZara | Pertuduhan Bawah Seksyen 507C Dipersoal, Peguam Keluarga Rayu Kepada Peguam Negara
B KOTA KINABALU, 20 Ogos: Peguam yang mewakili keluarga Allahyarhamah Zara Qairina merayu agar lima pelajar yang didakwa membuli mangsa sehingga meninggal dunia tidak dituduh di bawah Seksyen 507C(1) yang hanya membawa hukuman maksimum setahun penjara atau denda. Menurut mereka, jika pertuduhan diteruskan di bawah seksyen ini, undang-undang tidak lagi membenarkan pendakwaan lebih berat walaupun […]
UMNO-BN Gagal Bangunkan Sabah, Jangan Tipu Rakyat Dengan Nostalgia Lama – PERPADUAN
Kota Kinabalu, 19 Ogos: Naib Presiden Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN), Muhammad Zakaria @ Melipan Bin Rumansa, menyifatkan kenyataan Bung Moktar Radin kononnya UMNO-BN mampu mengembalikan maruah Sabah hanyalah mimpi lama yang diulang-ulang tanpa bukti nyata. Beliau berkata, UMNO-BN telah memegang kuasa puluhan tahun di Sabah, namun rakyat Masin dibebani dengan masalah asas, air […]
Penganalisis Politik: Ungkapan “Dulu Prinsip, Kini Strategi” Jejas Keyakinan Pengundi
KOTA KINABALU, 19 Ogos: Ungkapan “Dulu prinsip, kini strategi” yang tular melalui posting penyokong USNO di Facebook dianggap sebagai mesej politik yang boleh merosakkan imej parti berkenaan, menurut beberapa penganalisis politik tempatan. Menurut mereka, kenyataan itu memberi gambaran bahawa prinsip perjuangan boleh digadaikan demi percaturan strategi pilihan raya, sesuatu yang boleh menjejaskan keyakinan pengundi terhadap […]
Keluarga Zara Qairina Tuntut Pertuduhan Lebih Berat, Hukuman Maksimum 10 Tahun
KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Barisan peguam yang mewakili ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir menggesa pihak pendakwaan menimbang semula pertuduhan terhadap beberapa suspek kes buli pelajar itu agar dibuat di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan. Peguam Hamid Ismail berkata, pihaknya menyambut baik keputusan mendakwa suspek, […]
Sabah Boleh Jadi Hab Lumba Dunia: PERPADUAN Cadang Litar Sah Hentikan Rempit Jalanan
KOTA KINABALU, 18 Ogos: Naib Presiden Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN), Muhammad Zakaria @ Melipan Bin Rumansa berpandangan bahawa Sabah berpotensi besar untuk muncul sebagai hab baharu sukan permotoran di rantau ini, sekali gus menjadi solusi jangka panjang kepada masalah lumba haram di jalan raya. Beliau mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang […]
Zara Qairina Jadi Mangsa Sistem Gagal? Buli, Abaian & Gangguan Dipersoal
KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Kematian tragis remaja perempuan, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir terus menimbulkan tanda tanya besar dalam kalangan rakyat. Pendedahan awal oleh pihak berkuasa bahawa wujud elemen buli, pengabaian serta gangguan telah mencetuskan persoalan sama ada sistem perlindungan pelajar di negara ini benar-benar berfungsi. Insiden ini mencerminkan kelemahan serius dalam aspek pengawasan, keselamatan dan […]
GRS Yakin Tawan Putatan, Rakyat Masih Persoal Isu Integriti
PUTATAN, 18 Ogos 2025: Kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyasarkan untuk menawan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen Putatan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat. Walaupun keyakinan itu dilihat sebagai usaha untuk menunjukkan kekuatan politik, persoalan mengenai […]
Orang Sabah Tidak Membenci Rakyat Semenanjung, Tetapi Tegas Menuntut Hak MA63
KOTA KINABALU, 17 Ogos: Persepsi bahawa rakyat Sabah membenci rakyat Semenanjung Malaysia adalah tidak benar. Hakikatnya, rakyat Sabah menolak sikap pemimpin utama di peringkat Persekutuan yang gagal menunaikan janji untuk mengembalikan hak-hak negeri sebagaimana termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). MA63 ditandatangani pada 9 Julai 1963 oleh empat entiti United Kingdom, Malaya, Sabah (Borneo Utara), […]
