B

KOTA KINABALU, 20 Ogos: Peguam yang mewakili keluarga Allahyarhamah Zara Qairina merayu agar lima pelajar yang didakwa membuli mangsa sehingga meninggal dunia tidak dituduh di bawah Seksyen 507C(1) yang hanya membawa hukuman maksimum setahun penjara atau denda.

Menurut mereka, jika pertuduhan diteruskan di bawah seksyen ini, undang-undang tidak lagi membenarkan pendakwaan lebih berat walaupun selepas muncul bukti baharu (double jeopardy).

Sebaliknya, peguam menegaskan Seksyen 507D(2) dengan hukuman sehingga 10 tahun penjara lebih sesuai, selain membuka ruang untuk naik taraf dakwaan kepada Seksyen 304 (bunuh tanpa niat) atau Seksyen 302 (bunuh) sekiranya siasatan lanjut membuktikan kesalahan lebih berat.

Tuntutan ini dibuat demi memastikan keadilan setimpal dengan nyawa seorang pelajar yang telah terkorban.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *