Arwah Ditohmah Mencuri Sehari Sebelum Kejadian

KOTA BELUD, 11 Sept – Mahkamah Koroner hari ini dimaklumkan bahawa sehari sebelum ditemui tidak sedarkan diri di kawasan asrama, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, pelajar tingkatan satu, pernah dituduh mencuri sejumlah wang tunai. Difahamkan, arwah juga berkemungkinan telah dibawa menghadiri satu perjumpaan tidak rasmi dikenali sebagai “MA” selepas aduan tersebut disampaikan kepada pelajar senior tingkatan […]

AJK Bertindak PERPADUAN Bersuara: Nyawa Rakyat Jangan Jadi Pertaruhan di Pintasan & Kota Belud

KOTA BELUD, 12 September 2025 – Selepas beberapa insiden maut termasuk kes lemas dan kemalangan lori yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal, akhirnya sebuah AJK Bertindak terpaksa ditubuhkan oleh Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN) di bawah pimpinan Yang Berbahagia Tuan Presiden, Jack Giau. Sehingga kini, jawatankuasa ini telah bermesyuarat dua kali, membincangkan masalah yang […]

Poster tarikh penting berkaitan PRN Sabah ke-17 tular palsu

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan kesahihan poster yang sedang tular di media sosial kononnya mengandungi tarikh penting berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Setiausaha SPR dalam kenyataan hari ini menegaskan, poster tersebut adalah palsu dan tidak dikeluarkan oleh pihak SPR. “SPR hanya akan memaklumkan tarikh sebenar PRN Sabah ke-17 selepas mendapat perisytiharan rasmi pembubaran […]

Kerusi atau Rakyat? BN–GRS Dedah Wajah Sebenar Politik Sabah

Kota Kinabalu, 5 Sept – Rundingan pembahagian kerusi antara BN dan GRS menjelang PRN Sabah terus mencetuskan tanda tanya tentang keikhlasan parti-parti besar dalam meletakkan kepentingan rakyat mengatasi perebutan kuasa. BN menegaskan prinsip incumbency rule kerusi yang dimenangi kekal pada parti asal dan swap rule untuk kerusi bertindih. Prinsip ini digambarkan sebagai “adil dan logik”. […]

PRN-17: Referendum Kepimpinan dan Arah Tuju Sabah

KOTA KINABALU – Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17) bakal menjadi garis pemisah penting dalam politik Sabah. Kali ini, rakyat bukan sekadar memilih wakil, tetapi menentukan wajah kepimpinan serta hala tuju Wilayah Sabah untuk lima tahun mendatang. Ketika pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus dibayangi skandal rasuah, keyakinan rakyat semakin terhakis. Di sisi lain, Warisan pula […]

PERPADUAN Tuntut Ketua Menteri Hajiji Noor Mohon Maaf Atas Ucapan “Tahi Palat”

Kota Kinabalu, 2 September 2025 — Kontroversi ucapan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, terus mendapat perhatian selepas beliau didakwa menggunakan istilah kasar “tahi palat” dalam satu majlis bersama penyokong. Naib Presiden Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN), Muhammad Zakaria @ Melipan Rumansa, menuntut agar Ketua Menteri tampil memohon maaf secara terbuka kepada rakyat […]

Calon GRS: Pilihan Rakyat Sabah atau ‘Restu Malaya’?

Kota Kinabalu, 31 Ogos 2025 — Menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17, desas-desus semakin kencang bahawa barisan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukan semata-mata hasil rundingan dalaman, sebaliknya turut “diukur dan ditimbang” oleh kuasa luar. Walaupun GRS berulang kali menegaskan bahawa mereka bebas menentukan calonnya, pemerhati politik melihat keadaan sebaliknya. “Apabila masih ada isu integriti yang […]

John Samud Hadir Dan Turut Merasmikan Sambutan Hari Kebangsaan di Kg. Bugaron

Tempasuk, 31 Ogos 2025 — Calon Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) bagi DUN N.9 Tempasuk, John Samud, hadir sebagai tetamu terhormat dalam Program Sambutan Hari Kebangsaan yang dianjurkan di Kg. Bugaron. Program ini diisi dengan pelbagai aktiviti sukan rakyat dan pertandingan berbentuk kekeluargaan yang bertujuan mempereratkan silaturahim serta mengukuhkan semangat perpaduan masyarakat setempat. Kehadiran John […]

Air & Elektrik: PERPADUAN Janji Tindakan, Bukan Retorik

Pintasan, 31 ogos — Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN) menegaskan komitmen untuk menyelesaikan masalah asas rakyat di DUN Pintasan, khususnya isu bekalan air bersih dan bekalan elektrik stabil yang masih berulang sejak sekian lama. Ketua Penerangan PERPADUAN DUN N.8 Pintasan, Julaini Rosmin (Santiah) berkata, masyarakat sudah terlalu lama dipinggirkan dan hanya diberikan janji manis […]

RUU Pembaharuan Semula Bandar 2025: Jangan Korbankan Hak Asasi dan Masyarakat Pedalaman

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN) berpandangan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar 2025 tidak wajar dilaksanakan secara tergesa-gesa tanpa penambahbaikan menyeluruh. RUU ini, walaupun digambarkan sebagai langkah ke arah pembangunan bandar yang moden dan tersusun, tetap menimbulkan kebimbangan besar kerana berpotensi mengorbankan hak asasi rakyat, jaminan kediaman, serta keyakinan masyarakat […]