Kota Belud, 28 September 2025 – Fenomena politik di Tempasuk kembali mencuri perhatian apabila seorang individu bernama Dr. Rimin mencatat rekod luar biasa dalam masa setahun sahaja dengan melompat parti sebanyak lima kali.


Rekod singkat tetapi mengejutkan itu adalah seperti berikut:


PBS – 4 bulan. Kalah tanding ketua bahagian, keluar parti.


SEDAR – 2 bulan. Tidak dilayan pimpinan pusat, keluar lagi.


PKDM – 3 bulan. Gagal dipilih sebagai calon, sekali lagi keluar.


PKM (Parti Kebebasan Rakyat) – 1 bulan. Tidak dilantik sebagai penyelaras Tempasuk, terus lompat.


GAS – 4 hari. Tiba-tiba diumum sebagai Ahli Majlis Tertinggi Pusat dan calon Tempasuk.


Menurut penganalisis politik bebas, rekod melompat yang begitu kerap ini menimbulkan persoalan besar tentang prinsip, keikhlasan dan hala tuju perjuangan politik Dr. Rimin.


“Bagaimana seorang yang gagal konsisten walaupun setahun boleh diyakini untuk membawa pembangunan selama lima tahun di Tempasuk? Rakyat bukan bahan uji kaji untuk pemimpin yang hanya mengejar jawatan.”


Jelas penganalisis itu lagi, tindakan melompat parti secara berterusan hanya mencerminkan politik ‘cari peluang’ dan bukannya politik berteraskan perjuangan rakyat.


“Perjuangan politik sebenar adalah konsisten dan berprinsip. Jika setiap kali tidak diberi jawatan terus melompat, itu bukan perjuangan itu kegilaan kuasa. Akhirnya, bukan sahaja beliau keluar dari parti, tetapi akan keluar juga dari hati rakyat.”


Persoalan kini tertumpu kepada pengundi di Tempasuk:

Layakkah Dr. Rimin diangkat sebagai pemimpin?


Apakah jaminan beliau tidak akan terus melompat selepas dipilih kelak?


Rakyat Tempasuk wajar menilai dengan matang. Pemimpin yang kerap melompat ibarat gasing berpusing tanpa arah, akhirnya rebah di tanah sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *