Kota Kinabalu, 8 Oktober 2025
“Kalau benar mahu jadi setaraf dengan Sarawak dan Malaya ubah semula Artikel 46 Perlembagaan Persekutuan kepada sebagaimana termaktub dalam Akta Malaysia 26/1963.”
— Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN)

PERPADUAN menegaskan bahawa Artikel 46 adalah akar kedudukan Sabah sebagai rakan kongsi setara dalam Persekutuan Malaysia.
Namun Kerajaan Persekutuan tidak pernah menyentuhnya kerana ramai rakyat Sabah sendiri tidak memahami nilai sebenar Akta Malaysia 1963.


Parti itu turut menyindir wakil rakyat yang hanya “bersuara di depan wartawan”, tetapi gagal membawa usul di Dewan Undangan Negeri.


“Mereka hanya mampu jadi KingMaker, bukan Game Changer,” ujar kenyataan itu.
Menurut PERPADUAN, apabila mereka sendiri menjadi kerajaan, isu MA63 tidak mampu diusul dengan strategi, membuktikan kegagalan memahami proses legislatif sebenar.

Artikel 46 — “Titik Buta” yang Menentukan Status Sabah

Sebelum pindaan 1976, Akta Malaysia 26/1963 menetapkan Malaysia dibentuk oleh tiga rakan setara Malaya, Sabah dan Sarawak.


Selepas pindaan, Sabah dan Sarawak diturunkan taraf menjadi sekadar negeri dalam Malaysia.


Kesan:


Kuasa autonomi Sabah berkurang;
Perwakilan Parlimen tidak seimbang;
Hak di bawah MA63 semakin kabur.


“Masalah sebenar bukan di Kuala Lumpur, tetapi di Sabah sendiri.
Selagi pemimpin Sabah tidak bersatu di atas satu teks dan satu matlamat, MA63 akan kekal sebagai slogan politik,”

— Penganalisis kanan, The Borneo Report.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *