
KOTA KINABALU, 19 September – Pelaksanaan Geran Pantas yang tiba-tiba digerakkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) menimbulkan persoalan besar, adakah ia benar-benar untuk mempercepatkan hak rakyat, atau sekadar strategi meraih sokongan politik?
Ramai penduduk kampung telah menunggu berpuluh tahun untuk mendapatkan geran tanah kekal. Persoalannya, mengapa baru sekarang kerajaan tampil dengan skim “pantas”? Jika kerajaan benar-benar serius, bukankah isu ini sudah lama boleh diselesaikan?
Pemerhati politik berpendapat, Geran Pantas lebih menyerupai “geran bermusim” muncul ketika kempen, hilang selepas keputusan pilihan raya diumumkan. Sementara rakyat di akar umbi terpaksa menanggung risiko, sama ada geran yang diterima sah sepenuhnya atau hanya janji di atas kertas.
Rakyat Sabah tidak harus diperdaya dengan janji yang hanya manis ketika hampir pilihan raya. Apa yang diperlukan ialah kepastian hak tanah yang kekal, sah di sisi undang-undang, dan dilaksanakan secara telus tanpa diskriminasi politik.
The Borneo Report menegaskan, hak tanah bukan barang dagangan untuk ditukar dengan undi. Ia adalah hak rakyat Sabah yang perlu dihormati dan dipertahankan sepanjang masa, bukan hanya ketika undi diperlukankan.