80 Tahun Nagasaki: Tun Mahathir Tegas Dunia Perlu Pilih Keamanan

NAGASAKI, 11 Ogos: “Peperangan hanya membawa kemusnahan, sedangkan keamanan membuka jalan kepada kesejahteraan sejagat.” Itulah pesanan utama yang dibawa Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena ulang tahun ke-80 tragedi pengeboman atom di Nagasaki. Dalam lawatan rasmi ke bandar bersejarah itu dari 8 hingga 11 Ogos lalu, beliau menegaskan bahawa dunia tidak boleh sekali lagi mengulangi kesilapan […]

Punca Kematian Allahyarhamah Zara Qairina Masih Dalam Siasatan

Kuala Lumpur, 17 Ogos 2025: Punca kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 13, masih dalam siasatan pihak berkuasa selepas laporan awal perubatan mengaitkan kematian dengan kecederaan otak akibat kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak. Menurut pakar perubatan forensik, keadaan ini lazimnya berlaku akibat hipoksia, iaitu apabila otak tidak menerima bekalan oksigen mencukupi. Antara punca hipoksia […]

SUHAKAM: Gah Seperti Pencakar Langit, Tetapi Rakyat Tanya Apa Hasilnya?

Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN) mempersoalkan keberkesanan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang setiap tahun menerima peruntukan berjuta-juta ringgit daripada wang rakyat. Namun, dalam kes tragis yang menimpa Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 13 tahun, rakyat masih tertanya-tanya: di manakah suara SUHAKAM? Bagi rakyat, SUHAKAM kelihatan indah pada nama, gah pada peruntukan, tetapi kurang […]

PKR–GRS Duduk Semeja, Elak Pertembungan PRN17

The Borneo Report -Wartawan SANDAKAN, 16 Ogos: PKR Sabah mengesahkan akan mengadakan rundingan rasmi dengan Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam masa terdekat bagi membincangkan soal pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17). Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud, berkata langkah itu diambil bagi mengelakkan pertembungan sesama rakan gabungan, […]

Solidariti Aman Bukan Medan Politik, Ingatkan Naib Presiden PERPADUAN

KOTA KINABALU, 16 Ogos: Naib Presiden Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN), Muhammad Zakaria @ Melipan Bin Rumansa, menyelar tindakan sesetengah penganjur perhimpunan Solidariti Aman “Justice For Zara” yang didakwa gagal memilih penceramah dengan bijaksana sehingga boleh mencetuskan propaganda dan provokasi berunsur politik. Menurut beliau, keadilan untuk arwah Zara seharusnya menjadi fokus utama, bukannya dijadikan […]

Pendekatan Politik Ekstrem Tidak Sesuai di Sabah – Penganalisis

KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh yang menyatakan kesanggupan disiasat di bawah Akta Hasutan demi mempertahankan kehormatan negara mencerminkan pendekatan politik yang agak keras. Menurut penganalisis politik, gaya politik berunsur ekstrem mungkin boleh difahami dalam konteks Semenanjung, namun ia tidak sesuai untuk Sabah kerana negeri ini dibina atas […]

Ibu Bapa Trauma Hantar Anak ke Asrama Susulan Kematian Zara Qairina

PAPAR: Tinjauan wartawan The Borneo Report mendapati ramai ibu bapa kini dilanda kebimbangan dan seolah-olah trauma untuk menghantar anak-anak mereka ke mana-mana asrama selepas insiden kematian tragis Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 13, yang berlaku di sebuah sekolah berasrama di Papar baru-baru ini. Hasil tinjauan di beberapa daerah mendapati kebanyakan ibu bapa menyuarakan kegusaran terhadap tahap […]

“Memang Terjun Sendiri?” – Keluarga Zara Qairina Kecam Kenyataan Doktor, Pertimbang Tindakan Undang-Undang

KOTA KINABALU : Keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan yang didakwa dimuat naik oleh seorang doktor di Facebook berhubung punca kematian anak mereka. Menurut keluarga, kenyataan tersebut – yang menyebut arwah “memang terjun sendiri” dari bangunan sekolah – dianggap tidak sensitif dan dibuat sebelum hasil siasatan rasmi diumumkan […]

TINJAUAN THE BORNEO REPORT: PKDM BERADA DI LANDASAN KUAT UNTUK CIPTA KEJUTAN DI TEMPASUK

Tempasuk, 15 Ogos 2025: Tinjauan terbaru yang dijalankan oleh The Borneo Report menunjukkan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) semakin kukuh di DUN N.9 Tempasuk, dengan sokongan pengundi yang melonjak ketara menjelang PRN-17. Menurut dapatan tinjauan, sebahagian besar responden menyatakan bahawa faktor integriti dan ketelusan pemimpin kini menjadi penentu utama undi mereka – mengatasi tawaran berbentuk […]

PERPADUAN Kecam Perbelanjaan RM8.4 Juta Untuk Lencana, Desak KPM Utamakan Keselamatan Sekolah

KOTA KINABALU, 14 OGOS 2025: Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN) hari ini mengecam tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membelanjakan RM8.4 juta untuk pembelian lencana, sedangkan isu keselamatan dan infrastruktur sekolah terus membelenggu pelajar di seluruh negara. Menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 2,268 kes buli di sekolah dilaporkan pada tahun 2023, mencatatkan peningkatan […]