KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh yang menyatakan kesanggupan disiasat di bawah Akta Hasutan demi mempertahankan kehormatan negara mencerminkan pendekatan politik yang agak keras.

Menurut penganalisis politik, gaya politik berunsur ekstrem mungkin boleh difahami dalam konteks Semenanjung, namun ia tidak sesuai untuk Sabah kerana negeri ini dibina atas keharmonian masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya.

“Di Sabah, politik yang meraikan kepelbagaian dan berhemah lebih diterima rakyat. Pendekatan yang terlalu keras atau berbentuk ugutan hanya berisiko menjejaskan perpaduan,” kata seorang penganalisis bebas.

Tambahnya, UMNO perlu memahami corak politik Sabah yang menuntut kesepakatan dan toleransi, bukannya retorik yang boleh mencetuskan ketegangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *