
Tempasuk, 15 Ogos 2025: Tinjauan terbaru yang dijalankan oleh The Borneo Report menunjukkan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) semakin kukuh di DUN N.9 Tempasuk, dengan sokongan pengundi yang melonjak ketara menjelang PRN-17.
Menurut dapatan tinjauan, sebahagian besar responden menyatakan bahawa faktor integriti dan ketelusan pemimpin kini menjadi penentu utama undi mereka – mengatasi tawaran berbentuk wang atau projek segera. Lebih 68% responden menyatakan “duit bukan lagi pilihan utama, sebaliknya pemimpin berintegriti yang akan membela rakyat”.
Pemerhati politik berpendapat, kenaikan sokongan ini berpunca daripada pendekatan PKDM yang agresif turun padang, menyantuni semua lapisan masyarakat, serta lantang bersuara mengenai isu pembangunan, peluang pekerjaan, dan pembelaan hak Sabah di bawah MA63.
“Gelombang perubahan di Tempasuk nyata semakin kuat. Rakyat kini menuntut politik yang bersih dan pemimpin yang berani menegakkan kebenaran. PKDM hadir membawa mesej ini dan kami yakin PRN-17 akan menjadi titik perubahan besar,” kata jurucakap PKDM Tempasuk.
The Borneo Report menilai PKDM sebagai pencabar terkuat untuk merampas DUN Tempasuk, dan berpotensi memberi saingan sengit kepada parti-parti lama yang kini berdepan penurunan sokongan.

Terbaik tahhniah pkdm