Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN) mempersoalkan keberkesanan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang setiap tahun menerima peruntukan berjuta-juta ringgit daripada wang rakyat.

Namun, dalam kes tragis yang menimpa Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 13 tahun, rakyat masih tertanya-tanya: di manakah suara SUHAKAM?

Bagi rakyat, SUHAKAM kelihatan indah pada nama, gah pada peruntukan, tetapi kurang menyerlah dalam tindakan. Seperti sebuah bangunan pencakar langit, berdiri megah tetapi sering kosong daripada isi yang bermakna kepada masyarakat.

PERPADUAN menegaskan bahawa peruntukan rakyat tidak wajar menjadi sekadar perhiasan. Setiap sen mesti diterjemahkan kepada keberanian menyuarakan kebenaran, terutamanya apabila melibatkan nyawa dan masa depan anak bangsa.

Kami mendesak agar SUHAKAM tampil lebih proaktif, jelas, dan berani menyatakan pendirian dalam kes-kes besar termasuklah tragedi yang menimpa Zara Qairina.

Keadilan tidak boleh sekadar dibicarakan, ia mesti diperjuangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *