TEMPASUK, 29 Oktober 2025 – Nama John Samud kini menjadi sebutan ramai di DUN Tempasuk sebagai wajah baharu dalam dunia politik Sabah yang membawa semangat perpaduan dan keikhlasan dalam perjuangan.


Berbekalkan pengalaman sebagai bekas guru yang penyayang terhadap murid-muridnya, John Samud tampil dengan pendekatan politik yang berasaskan nilai kasih, kejujuran, dan tanggungjawab. Beliau percaya bahawa masyarakat yang bersatu dan berpendidikan merupakan asas kepada pembangunan yang mampan.


“Saya tidak datang untuk berjanji kosong, tetapi untuk mendengar denyut nadi rakyat. Saya mahu menjadi jambatan yang menyatukan semua tanpa mengira kaum, budaya, atau agama,” ujar John Samud kepada The Borneo Report.


Sebagai pemimpin yang merendah diri dan mesra dengan semua golongan masyarakat, beliau disenangi di peringkat akar umbi. Pendekatan beliau yang terbuka dan penuh empati menjadikan dirinya simbol harapan baharu bagi pengundi DUN Tempasuk.


John Samud juga menegaskan bahawa perjuangannya di bawah Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) adalah untuk membina masa depan Tempasuk yang lebih adil, berdaya saing dan harmoni.


Dengan pengalaman mendidik dan semangat berkhidmat, beliau mahu membawa roh pendidik ke dalam kepimpinan membimbing masyarakat ke arah perubahan yang positif dan berprinsip.


📍Laporan oleh: The Borneo Report Team
📢 Ikuti kami di: [www.theborneoreport.my] | FB: The Borneo Report Official

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *