
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan kesahihan poster yang sedang tular di media sosial kononnya mengandungi tarikh penting berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Setiausaha SPR dalam kenyataan hari ini menegaskan, poster tersebut adalah palsu dan tidak dikeluarkan oleh pihak SPR.
“SPR hanya akan memaklumkan tarikh sebenar PRN Sabah ke-17 selepas mendapat perisytiharan rasmi pembubaran Dewan Undangan Negeri oleh Speaker. Semua makluman rasmi akan disiarkan melalui laman web dan saluran media sosial rasmi SPR,” katanya.
Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan maklumat tidak sahih yang boleh mengelirukan pengundi. SPR turut menggesa masyarakat untuk sentiasa merujuk kepada sumber rasmi bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai PRN Sabah.
Wartawan The Borneo Report