Kota Kinabalu, 2 September 2025 — Kontroversi ucapan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, terus mendapat perhatian selepas beliau didakwa menggunakan istilah kasar “tahi palat” dalam satu majlis bersama penyokong.

Naib Presiden Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN), Muhammad Zakaria @ Melipan Rumansa, menuntut agar Ketua Menteri tampil memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Sabah, dengan menyifatkan ungkapan tersebut sebagai “perkataan jijik” yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang pemimpin tertinggi negeri.

“Ucapan pemimpin adalah cerminan budaya politik. Jika seorang Ketua Menteri pun boleh melemparkan kata-kata jijik seperti itu, bagaimana rakyat mahu menghormati institusi kepimpinan? Kami menuntut Datuk Seri Hajiji Noor bertanggungjawab dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Sabah,” tegasnya.

Menurut Muhammad Zakaria, PERPADUAN berpandangan bahawa isu ini bukan soal gurauan atau bahasa pasar, sebaliknya melibatkan maruah rakyat Sabah yang berhak mendapatkan teladan baik daripada pemimpin mereka.

Setakat ini, pihak kerajaan negeri masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi untuk menjawab kontroversi tersebut. Namun, tekanan politik dijangka akan terus meningkat selagi Ketua Menteri tidak memberikan penjelasan.

The Borneo Report akan terus melaporkan perkembangan isu ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *