
LUMPUR – Bermula hari ini, Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Akta 283) berkuat kuasa sepenuhnya dengan peruntukan terbaharu yang lebih menyeluruh.
Melalui pindaan tersebut, tindakan penguatkuasaan serta akses kepada rawatan dan pemulihan kini diperluaskan bukan sahaja kepada penagih dadah tradisional, malah turut merangkumi penyalahgunaan gam, ketum serta bahan psikoaktif lain.
Kementerian Dalam Negeri menegaskan bahawa pelaksanaan akta ini bertujuan menutup kelompongan undang-undang sebelum ini yang gagal menangani kes penagihan bahan terlarang di luar definisi “dadah berbahaya”.
“Pendekatan ini tidak hanya bersifat menghukum, sebaliknya memberi penekanan kepada pemulihan, kaunseling, dan rawatan berstruktur bagi membantu penagih kembali kepada masyarakat,” jelas seorang jurucakap.
Dengan peruntukan baharu ini, pihak berkuasa diberi kuasa untuk menahan, menilai, dan menempatkan penagih di pusat rawatan serta memudahkan rujukan rawatan melalui hospital atau fasiliti pemulihan komuniti.
