
Kota Kinabalu, Ogos 2025: Kenyataan Nurul Izzah yang menyebut pemberian berdasarkan “kasih sayang dan penghormatan” dengan jumlah RM600 juta menimbulkan reaksi keras di Sabah. Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN) menegaskan bahawa rakyat Sabah tidak menagih kasih sayang bermusim, sebaliknya menuntut hak yang termaktub dalam MA63.
Dari sudut politik, nada “kasih sayang” dilihat tidak selari dengan semangat perjanjian asal pembentukan Malaysia. PERPADUAN menegaskan bahawa tanpa pengembalian autonomi, hasil negeri, dan pengiktirafan Sabah sebagai rakan setara, peruntukan berbentuk one-off hanya akan dilihat sebagai retorik pilihan raya.
Pendekatan ini sekaligus memperkukuh naratif PERPADUAN sebagai suara semak dan imbang yang konsisten, berani menegaskan bahawa Sabah berhak menuntut haknya,bukan meminta ehsan dari Putrajaya.
