
KOTA BELUD – Calon Parti Kebangsaan Demokratik Malaysia (PKDM) bagi DUN N.9 Tempasuk, John Samud, mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2025 kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Tempasuk.
Beliau menegaskan bahawa Hari Kebangsaan bukan sekadar simbolik tarikh bersejarah, tetapi juga satu peringatan bahawa perpaduan dan pengorbanan generasi terdahulu telah membina asas kemerdekaan negara “Hari Kebangsaan adalah saat untuk kita memperkukuh perpaduan, memperjuangkan keadilan sosial, dan memastikan pembangunan dinikmati semua lapisan masyarakat. Semoga Malaysia terus aman, maju dan makmur,” katanya.
John Samud turut menyeru rakyat Tempasuk agar terus menghayati semangat kemerdekaan dengan menjaga keharmonian serta menolak perpecahan.
“Selamat Hari Kebangsaan 2025!” katanya mengakhiri ucapan.
