Muhammad Zakaria @ Melipan Bin Rumansa

KOTA KINABALU, 22 Ogos – Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN) memandang serius perkembangan kes melibatkan Allahyarhamah Zara Qairina yang kini menjadi perhatian masyarakat.

Naib Presiden PERPADUAN, Muhammad Zakaria @ Melipan Bin Rumansa, menegaskan bahawa kes ini menuntut kepada pelaksanaan prinsip semak dan imbang agar sistem keadilan negara tidak dipersoalkan.

“Rakyat Sabah mahu melihat undang-undang dilaksanakan dengan adil, telus dan tanpa pilih kasih. Semak dan imbang yang berkesan akan memastikan tiada pihak yang terlepas hanya kerana kedudukan atau pengaruh,” katanya.

Menurut beliau lagi, PERPADUAN percaya bahawa memperkukuh budaya akauntabiliti dalam institusi kehakiman dan penguatkuasaan undang-undang adalah kunci untuk mengembalikan keyakinan rakyat.

“Kes Zara Qairina mesti menjadi titik tolak untuk kita menegakkan prinsip keadilan sejagat. Tragedi ini tidak boleh berulang dan ia harus menjadi pengajaran bahawa setiap nyawa anak bangsa perlu dilindungi,” tegas Melipan.

PERPADUAN akan terus bersuara sebagai suara semak dan imbang rakyat Sabah, memastikan keadilan bukan sekadar retorik, tetapi benar-benar dirasai oleh semua lapisan masyarakat.

Keadilan bukan hak istimewa, ia hak semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *