
KOTA BELUD – Para peniaga di Pasar Besar Kota Belud kini berdepan kesukaran apabila bekalan air difahamkan telah dipotong akibat tunggakan bil berjumlah kira-kira RM64,000.
Beberapa peniaga yang ditemui meluahkan kekeliruan kerana mereka menegaskan telah membayar sewa tapak kepada Majlis Daerah Kota Belud (MDKB) secara konsisten.
“Sebagai peniaga kecil, kami ikut bayar sewa setiap bulan. Jadi kami tidak tahu kenapa air masih dipotong,” kata seorang peniaga yang enggan namanya didedahkan.
Situasi ini menimbulkan tanda tanya sama ada tunggakan tersebut melibatkan pihak pengurusan pasar atau pihak lain. Justeru, orang ramai kini menantikan penjelasan rasmi daripada MDKB bagi merungkai perkara sebenar.
The Borneo Report akan terus mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak MDKB dan Jabatan Air Negeri Sabah untuk memastikan isu ini dapat diperjelaskan secara telus.
📰 Laporan Wartawan The Borneo Report
