
PUTRAJAYA – Keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 terhadap bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony, berhubung kes pemalsuan dokumen, menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat.
Walaupun keputusan itu memperlihatkan ketegasan institusi kehakiman dalam menegakkan undang-undang, wujud persepsi umum bahawa tindakan perundangan di negara ini sering dianggap “tajam ke bawah, tumpul ke atas.”
Rakyat berhak menuntut satu sistem keadilan yang telus, konsisten dan tidak memilih bulu, di mana prinsip “tiada sesiapa pun mengatasi undang-undang” benar-benar dilaksanakan. Keyakinan masyarakat hanya akan pulih apabila undang-undang ditegakkan secara menyeluruh tanpa mengira latar belakang atau kedudukan mana-mana pihak.
The Borneo Report menegaskan bahawa keadilan tidak boleh diukur pada satu kes sahaja, sebaliknya mesti dirasai secara adil dalam semua keadaan.
