Kuala Lumpur, 11 Ogos 2025: YB Datuk Wetrom Bahanda, Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu merangkap ADUN N.6 Bandau, secara rasmi menerima watikah pelantikan sebagai Friends of Ministry (FOM) bagi dua kementerian iaitu Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Majlis penyerahan watikah tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, dalam satu acara di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.

Pelantikan ini merupakan inisiatif strategik kerajaan bagi melibatkan Ahli Parlimen terpilih dalam usaha:

1. Menyampaikan maklum balas secara terus daripada masyarakat setempat kepada kementerian.

2. Menyuarakan keperluan serta aspirasi rakyat di peringkat pembuat dasar.

3. Menyokong pelaksanaan dasar dan program berkaitan sektor perladangan, komoditi, sumber asli, dan kelestarian alam secara inklusif dan berkesan.

YB Datuk Wetrom Bahanda menyatakan komitmen beliau untuk memanfaatkan peranan ini bagi memperkukuh pembangunan sektor berkenaan, khususnya di Sabah, demi kesejahteraan rakyat serta kelestarian alam sekitar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *