Perhimpunan Solidariti Aman bagi memperingati Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir menjadi bukti bahawa rasa kasih dan peduli mampu menyatukan rakyat Sabah khususnya, dan Malaysia seluruhnya. Dari Kota Belud hingga ke pelosok negara, suara rakyat bergema menuntut keadilan dan kebenaran.

Namun, satu persoalan besar timbul kenapa daerah lain boleh bersolidariti, tetapi ada segelintir pemimpin kita hanya memandang sebelah mata?

Tidak adakah rasa sayang? Tidak adakah hati yang tersentuh melihat keperitan keluarga yang kehilangan insan tercinta?

Bakal Calon Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (PKDM) bagi DUN N.9 Tempasuk, John Samud, menegaskan beliau hadir bukan untuk mempolitikkan isu ini, tetapi untuk berdiri bersama hati-hati yang terluka.

“Ini bukan tentang parti, ini tentang kemanusiaan. Jika kita membiarkan kezaliman berulang, kita sebenarnya telah mengkhianati nilai kemanusiaan itu sendiri,”
ujar beliau dengan penuh rasa sebak.

Hari ini, biarlah seluruh negara melihat bahawa rakyat Sabah tidak akan membisu. Kita akan terus bersuara sehingga keadilan untuk Zara Qairina ditegakkan dengan bersolidariti tanpa mengira kaum Bangsa, Budaya dan Agama.

The Borneo Report

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *