KOTA BELUD, 11 Ogos 2025: Peguam yang mewakili keluar6ga Allahyarhamah Zara Qairina mengesahkan terdapat kesan kecederaan pada jasad mendiang, sebagaimana yang tular di media sosial.

Pengakuan itu dibuat selepas pemerhatian semasa proses bedah siasat forensik yang diketuai oleh pakar patologi bertauliah. Namun, peguam menegaskan bahawa bentuk dan punca kecederaan hanya akan didedahkan selepas laporan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa.

“Kami minta semua pihak bertenang, menghormati proses siasatan dan elakkan membuat spekulasi yang boleh menjejaskan keadilan kes ini,” kata peguam keluarga.

Keluarga turut merakamkan penghargaan atas doa dan solidariti masyarakat, sambil berharap agar siasatan dijalankan secara telus demi menegakkan kebenaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *