KOTA KINABALU, 9 Ogos 2025: Malam ini menjadi detik yang penuh hiba bagi seluruh rakyat Malaysia apabila proses penggalian semula kubur Allahyarhamah Zara Qairina selesai sekitar jam 7.15 malam. Jenazah kemudian dibawa dengan penuh hormat ke Hospital Queen Elizabeth I pada jam 7.38 malam bagi tujuan bedah siasat.

Perjalanan sejauh kira-kira tiga jam itu disertai doa dan harapan agar kebenaran dapat terbongkar. Jenazah dijangka tiba di hospital sekitar 10.38 malam, sebelum pasukan forensik memulakan bedah siasat yang dijangka siap menjelang 6.00 pagi, 10 Ogos 2025.

Proses ini bukan sekadar tuntutan undang-undang, tetapi sebuah perjalanan mencari keadilan untuk seorang anak bangsa yang pergi terlalu awal. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang beriman, dan semoga hasil siasatan ini memberi jawapan kepada keluarga serta seluruh masyarakat yang menanti.

The Borneo Report

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *