Kota Belud: Ketika suhu politik Sabah kian meningkat menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), semakin ramai rakyat mula menyuarakan keresahan terhadap dua perkara utama:

1. Dominasi parti luar dari Semenanjung Malaysia, dan

2. Kemunculan semula pemimpin politik lama yang pernah gagal membela rakyat.

Pemerhatian The Borneo Report di lapangan mendapati wujud kebangkitan kesedaran politik rakyat Sabah, khususnya di kalangan generasi muda, yang mulai mempersoalkan kewajaran membiarkan hala tuju negeri ditentukan oleh kuasa luar dan wajah-wajah lama dalam politik negeri.

Ramai yang menyifatkan kehadiran parti luar yang membawa “jenama nasional” ke Sabah sebagai satu bentuk penjajahan halus, di mana keputusan dan kuasa sebenar tidak berada di tangan rakyat Sabah, tetapi di pejabat politik pusat.

Lebih membimbangkan, taktik lama yang memperkenalkan kembali “pemimpin kitar semula” yang pernah diberi peluang, namun gagal membawa pembaharuan dilihat oleh rakyat sebagai percubaan mengulangi kegagalan lama.

Pemerhati politik bebas berpendapat bahawa Sabah memerlukan anjakan politik baharu yang lahir daripada suara rakyat sendiri, bukan ditentukan oleh strategi ibu pejabat parti dari luar negeri ini. Pendekatan politik lama yang berpaksikan kepentingan peribadi dan persekongkolan elit terbukti telah mengecewakan rakyat selama ini.

Sabah bukan tanah eksperimen politik.
Sabah bukan alat untuk perjanjian kuasa antara blok-blok nasional.
Sabah milik rakyat Sabah.

The Borneo Report akan terus memantau sentimen rakyat sepanjang PRN17 dan melaporkan suara sebenar dari akar umbi  tanpa ditapis, tanpa dikawal mana-mana kuasa luar.

#TheBorneoReport

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *