
Kota Kinabalu, 6 Ogos: Seorang penganalisis politik yang enggan namanya didedahkan memberi peringatan keras kepada rakyat Sabah agar tidak memberi peluang kepada UMNO-BN dan pihak-pihak yang bersekongkol dengannya untuk kembali berkuasa dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17) yang akan datang.
Menurut beliau, landskap politik Sabah kini berada di persimpangan genting di mana suara rakyat Sabah perlu diperjuangkan secara tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba mengulangi kesilapan lampau.
“Rakyat Sabah harus sedar bahawa setiap undi yang diberikan kepada mereka yang bersekongkol dengan UMNO-BN adalah undi yang membuka ruang kepada kembalinya politik lama yang sarat dengan kronisme dan kepentingan peribadi,” tegasnya.
Beliau menambah, rakyat Sabah tidak boleh sekali-kali membenarkan politik oportunis yang berasaskan tawaran projek dan kuasa pusat terus menguasai pentadbiran negeri. PRN-17 merupakan peluang terbaik untuk rakyat Sabah memastikan masa depan pentadbiran negeri ini dipimpin oleh barisan yang benar-benar memperjuangkan hak-hak Borneo, termasuk isu-isu berkaitan status “Equal Partner”, autonomi pentadbiran, dan pemulihan ekonomi negeri secara menyeluruh.
“Sabah memerlukan kepimpinan yang berani berdiri di atas kaki sendiri, bukan yang tunduk kepada kepentingan politik pusat. Ini masa untuk rakyat Sabah bangkit dan menentukan hala tuju negeri tanpa dibayangi pengaruh politik usang,” katanya lagi.
Penganalisis tersebut turut menyeru rakyat Sabah supaya tidak terperangkap dengan politik “pakatan rahsia” yang hanya muncul menjelang pilihan raya dan menghilang selepas kemenangan diraih.
TBR
