Kota Belud, 6 Ogos 2025: Satu kejohanan sukan komuniti, Kejohanan Bola Liga Penalti Tertutup Tempasuk 2025, akan berlangsung pada 30 Ogos 2025 bertempat di Padang Kampung Bugaron Rosok, bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini bakal disempurnakan oleh YBhg Encik John Samud, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Petani dan Penternak Kota Belud , merangkap Ketua Penyelaras PKDM dan bakal calon PKDM bagi DUN N.9 Tempasuk.

Penganjuran kejohanan ini adalah inisiatif Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia dalam usaha mendekati dan memperkasakan generasi muda melalui aktiviti sukan yang sihat, sekali gus memupuk semangat kesukanan serta mempererat hubungan masyarakat setempat.

Menurut YBhg Encik John Samud, penganjuran kejohanan ini bukan sekadar pertandingan, tetapi medan untuk memahami aspirasi dan keperluan golongan muda yang merupakan tunjang masa depan Tempasuk. “Kita mahu mendengar suara mereka, memberi ruang untuk mereka bersinar, dan bersama-sama membina Tempasuk yang lebih progresif,” ujar beliau.

PKDM percaya bahawa pembangunan komuniti memerlukan penglibatan aktif semua lapisan masyarakat, khususnya golongan belia yang menjadi aset penting dalam memacu kemajuan daerah ini.

Kejohanan Bola Liga Penalti Tertutup Tempasuk 2025 dijangka menarik penyertaan daripada pasukan-pasukan kampung sekitar Tempasuk dengan hadiah menarik menanti para pemenang. Ia juga diharap menjadi platform permulaan kepada lebih banyak program pembangunan belia di kawasan.

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *